Wednesday, 18 January 2012

MAAF KERANA AKU TIDAK SEMPURNA

Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.

Lafazkan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya. 

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.

Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.

Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas
Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan

Jangan diam

Jangan memendam

Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…

TATKALA HATI TERSENTUH CINTA

Bismillah..
Dikala cinta menyapa..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..

Tatkala hati tersentuh cinta…
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Wahai Sang Maha Pencipta cinta…
Indahnya cinta adalah kurniaanMu..

Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..
Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…
Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..
Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…
Ya Allah karniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu

Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..
Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah  yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.

Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/tatkala-hati-tersentuh-cinta/#ixzz1jt5bwPOy

Sunday, 8 January 2012

JODOH RAHSIA ALLAH...

Assalamualaikum..


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Ramai orang sering mengatakan, “tiada jodoh”, “jodoh di tangan Tuhan” dan yang seumpama dengan keduanya. Ya, memang itu adalah sebuah hakikat yang tidak susah untuk diterima. Malah, bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah, mempercayai hakikat jodoh dan ajal ditangan Tuhan bukan persoalan. Malangnya ketika tiba kepada alam nyata bukan alam teori dan ideologi begitu ramai manusia yang tidak menunjukan keyakinan sebenar mereka mengenai persoalan ini ke dalam tindakan mereka. Buktinya, begitu ramai dari manusia berusaha untuk menentukan jodoh padahal jelas sebelumnya dia mengatakan bahawa jodoh adalah urusan Tuhan untuk menetapkan.

Sesungguhnya Allah akan menyatukan  wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk..bukanlah baik buruk persamaan pasangan dinilai pada wajah, tapi ianya pada HATI lelaki dan wanita itu..
Ramai orang sering mengatakan, “tiada jodoh”, “jodoh di tangan Tuhan” dan yang seumpama dengan keduanya. Ya, memang itu adalah sebuah hakikat yang tidak susah untuk diterima. Malah, bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah, mempercayai hakikat jodoh dan ajal ditangan Tuhan bukan persoalan. Malangnya ketika tiba kepada alam nyata bukan alam teori dan ideologi begitu ramai manusia yang tidak menunjukan keyakinan sebenar mereka mengenai persoalan ini ke dalam tindakan mereka. Buktinya, begitu ramai dari manusia berusaha untuk menentukan jodoh padahal jelas sebelumnya dia mengatakan bahawa jodoh adalah urusan Tuhan untuk menetapkan.

Memang rumit membahas perkara berkaitan ketentuan dan usaha yang perlu manusia lakukan dalam membentuk sebuah ketentuan. Dalam kata lain, Ketetapan atau ketentuan Allah SWT telah termaktub sejak azali lagi. Manusia pula yang meyakini hal ini kadang-kadang lupa sehingga terlalu hanyut dalam  kemampuan dan usaha sendiri sehingga dengan sengaja atau pun tidak, sedar atau pun tidak, mereka melanggar batasan-batasan Allah.

Jika kita yakin bahawa jodoh di tangan Allah, mengapa perlu kita berusaha sehingga melanggar batasan yang telah Allah tetapkan. Pada akhirnya apa yang berlaku semuanya tetap merupakan ketentuan Allah. Bezanya, apa yang terjadi kepada mereka yang mengutamakan batasan-batasan Allah mendapat jaminan pahala dan syurga sedangkan mereka yang gagal menjemput ketetapan dengan mentaati batasan-batasan itu akan menanggung akibat kebinasaan yang akan menjadi penyesalan. Penyesalan yang  tiada kesudahan.
  



DIDIKLAH DUHAI HATI......

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

ANGAH SAYANG MA........

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam
......
kengkadang siaran indonesia
...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....

mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan
banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan
...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..

tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat
ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....

anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kiter ingat nak tulis surat
kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat
ini ,insyaAllah. .

Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com.

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."



SABAR ITU PENTING DUHAI HATI....

٠•●❤ Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤●•٠·

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." 


 

BILA HATI BERBICARA....

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ milikilah seBuAh "HATI" yang tidak pernah memBENCI...
SeBuaH "SENYUMAN" yang tidak pernah PUDAR....
sebUaH "KELEMBUTAN" yang tidak pernah MENYAKITi HATI...
dan.........
sEbuAh "PERSAHABATAN" yang tidak akan pernah BERAKHIR..... ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, 7 January 2012

Resipi Kuih Lapis

Bahan2 membuatnya:


*1 cawan tepung beras
*1 cawan gula
*1/2 cawan tepung gandum
*2 paket santan serbuk
4 cawan air (2 cawan blend bersama,2 cawan lagi satukan kemudian)
3-4 titik perasa sirap
sedikit pewarna merah



*1 sudu teh minyak panas...


potong jangan tak potong....ha... amacam? hehehe..
SUMBER: http://raihannavanilla.blogspot.com

BELAJAR MEMASAK...

CENDOL

Bahan-Bahan:

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil kapur makan dan dibancuh dgn sedikit air
6 cawan air
pewarna hijau(guna daun pandan lagi sedap)
perasa pandan

Cara.

1.Bancuh tepung beras +tepung gandum dan tepung jagung, dengan air kapur dan air biasa.
2.Masukan warna hijau dan perasa pandan, tapis terlebih dahulu.
3.Masukan dlm kuali yng besar, dan kacau sampai nampak berkilat.. dan tak lekat pada kuali.
4.Angkat dan terap dalam bekas yang berisi air sejuk.

P/s: Terap tu korang boleh guna acuan buat muruku, senduk yang berlubang2






RESEPI PUDING CENDOL



 Bahan-bahan:
 Align Center
Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara membuat Lapisan Bawah:




- Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.

- Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.

-Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

- Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.


cara membuat Lapisan Atas




- Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
Tapiskan air gula.

- Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.

- Kocoh kuning telur di dalam santan.

- Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.

- Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

- Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

- Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.


Jom makan sejuk2.. =)
sumber: http://raihannavanilla.blogspot.com

Bila Hati Diguris



Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."
- Artikel iluvislam.com

MENGHARAP PADANYA...

Harapkan pahala apabila melakukan ibadat, tetapi tidak berjaga-jaga dalam menjauhkan diri daripada sifat riya’ dan bisikan syaitan, maka ibadat itu hanya sia-sia. Sesungguhnya riya’ itu adalah syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Betapa penting buat seorang mukmin itu untuk sentiasa menjaga niatnya.
Firman Allah Ta’ala:

Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal saleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatupun dalam beribadat kepada Tuhannya.(Al-Kahfi: 110).
Inilah harapan, cita-cita mahupun kehendak yang paling utama buat seorang mukmin. Harapan untuk bertemu dengan Al-Khaliq, dan kekasihnya Muhammad s.a.w. di syurga. Tiada yang paling didambakan melainkan ini. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan ini.Maka demi Pertemuan Agung, bayarannya adalah amal saleh yang dihiasi ikhlas. Inilah bekalan kita, dengan itu redha dan rahmat Allah dapat diraih.

Taubat

Daripada Anas r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman:"Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi."..Dosa seorang hamba yang begitu banyak bukanlah suatu yang besar bagi Allah, selagimana dia bertaubat dan berharap kepada Allah. Usah kita terpedaya dengan bisikan syaitan, yang berusaha agar kita putus asa terhadap rahmat-Nya.

 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Az-Zumar:53).


Usah diperdaya oleh syaitan dan angkatan manusianya yang ingin melihat kita sentiasa berasa lemah. Kuatkan diri untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, kembali ke jalan benar.
Firman Allah Ta’ala:
''Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."(Hud:114).


Imam Syafi’e rahimahullah berkata ketika menghadapi sakit yang membawa kepada kematiannya:
"Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar."Betapa ulama’ hebat seperti beliau, memiliki sifat takut terhadap Allah, apatah lagi buat kita, yang seharusnya memiliki lebih sifat takut kepada Allah, disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung.

Dakwah
Kita berdakwah bukan kerana kita rasa kita lebih baik daripada orang lain. Kita perlu rasa takut apabila teringatkan amaran Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."(As-Saff: 2-3).

Namun kita juga perlu berharap akan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t :
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh, dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fussilat:33).

Mari kita renungkan dan ambil semangat daripada kata-kata hikmah Imam Hasan Al-Basri:
"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Artikel iluvislam.com

RATU SYAHADAH



Rasuluallah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (isteri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah ) Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap
mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah."Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak.
Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak." Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran  Al-Karim. Firman Allah SWT :

"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang  beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11)
 

Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita semua...

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati...amin. .. 






RINDU SANGAT.......


ni dia pengubat rindu ku..NuR ALISA FITRIAH...


ALISA suka sangat pakai tudung..bila nak kuar umh je...mok long mane tudung adik...he2..



macam2 gaya tudung...kecik2 dah pandai bergaya...ni mesti ikut mak dia...toink3...kecik2 dah pandai bergaya pantang dipuji...puji lebih2 confrm nak pakai baju yg sama sokmo...huhu...alisa2....


ni alisa time baby..sungguh cumil...

Lelaki idamanku..

 LELAKI IDAMAN KU..
Adalah lelaki beriman,Yang mengalir dalam darahnya Sifat kepimpinan,Suka berbuat kebajikan,Berbakti kepada ayahbondanya dengan penuh kebaikan,Dalam rumah-tangga Dialah penjaga kerukunan,menghiasi jiwa ahlinya, Dengan seagung-agung  pegangan, Mendidik anak dan isterinya menghayati Islam,Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,Yang dunia baginya rumah sementara menuju akhirat.Lelaki idamanku Sentiasa bersedia menjadi imam,Yang hidup di bawah naungan Al-Quran, Dengan petunjuk Rasulullah,Yang boleh diajak berbincang dan berbicara, Yang menjaga matanya daripada berbelanja,Yang sujudnya penuh kesyukuran Dengan rahmat Allah ke atasnya. Lelaki idamanku,Adalah lelakiYang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga, Di situlah rumah idamannya,Dan dia ingin membawaku bersama, Buat selama-lamanya.....amin.....
Doa Buat Mengubati Perasaan Duka Atau Stress

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.



Friday, 6 January 2012

rintihan seorang hamba

YA RABBUL IZZATI

Ya Allah,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,
Serta badan yang ringan menyempurnakan keta'atan kepada perintahMu.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk,
Ilmu yang berguna,
Keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami DIN,
Iaitu cara hidup yang jitu dan unggul,
Selamat daripada segala mara bahaya dan petaka.

Ya Allah,
Kami mohon kepadaMu,
Kecukupan yang tidak sampai,
kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Ya Allah,
Berikanlah kami iman yang sebenarnya,
Sehingga kami tidak lagi gentar,
Atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri,
Atau menyembah selain dari Engkau sendiri.

Ya Allah,
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,
Kepada keluarga dan anak-anak kami,
Serta sesiapa sahaja yang bersama kami.

Ya Allah,
Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun sekadar sekelip mata,
Ataupun masa yang lebih pendek dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta,
Maka perkenankanlah...
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad,
Nabi yang mulia,
Kepada keluarga Baginda dan Para sahabat baginda.

Amin Ya Rabbal Alamin...