Monday, 5 March 2012

kehendak atau keperluan

salam...

Keperluan mengikut buku teks ekonomi, didefinasikan sebagai keinginan individu terhadap barang keperluan asas yang mesti dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.  Keperluan manusia terhadap barang keperluan asas adalah terhad dan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: makanan, pakaian dan tempat tinggal.


Kehendak pula didefinasikan sebagai keinginan individu untuk menggunakan barang dan perkhidmatan bagi menikmati hidup yang lebih selesa.  Kehendak manusia tidak terhad, dan bersifat pelbagai dan bergantung kepada citarasa individu.

Setelah berupaya memenuhi keperluan asas tersebut, manusia biasanya berusaha pula untuk memenuhi kehendak (kemahuan) ke arah kehidupan yang lebih selesa, mewah dan memenuhi citarasa zaman kini.  Dengan meningkatnya status sosio-ekonomi di Malaysia, ternyata rakyat Malaysia berlumba-lumba berusaha untuk memenuhi kehendak mereka ke arah keselesaan dan kemewahan hidup.  Pendek kata dunia 5F yang penuh dengan kemewahan menjadi sebahagian kehendak atau matlamat hidup mereka, iaitu:
      
     Fesyen   - pakaian berjenama mengikut aliran/perubahan fesyen.
     Filem    -  hiburan baik yang berupa filem, TV, VCDs, gambar-gambar digital,      internet dan sebagainya.
     Food - makanan mewah dan banyak di restoran-restoran, cafe,  supermarket dan sebagainya.
     Football - mewakili dunia sukan, meliputi sukan mewah seperti F1, golf, sukan berkuda seperti polo, sukan air dan sebagainya.
    Finance - untuk mendapatkan barangan mewah, orang sanggup berhutang  mengambil kredit daripada bank atau melalui kad kredit

setiap manusia mesti ade je benda yg mereka inginkan...conthnye nak kereta, umah besar,nak keje yg best2..tp org kate kene ukur dengan baju sendiri la...kite mampu x nk miliki semua tu..jgn pulak sampai menyusahkan diri sndri...hutang keliling pinggang semata2 nk puaskn kehendak...lebih2 lg pempuan...mcm2 die nk beli...

wassalam......


ni adalah keperluan saye...
wajib ambil sebelum kekelas


hababatussauda...wajib ambil 2 kali sehari..


 spirulina ambil kadang2 je..xcukup budget...1 botol untuk sebulan je...

 
wajib ambil madu+habatussauda+kismis setiap pagi...

yang ni bnyk pntang larangnye...so,kadg2 lupe nk ambil...he2..kalu makan supplement ni xleh makan pedas,bende yg bercaffein,masam...examo baik untuk otak dan kurangkan rasa mengantuk dan membuatkan kite semngat...





ni jamu untuk jage kecantikan...


ni adalah impian saye bile dah bekerja nanti....







Sunday, 4 March 2012

HIDUP AKAN INDAH JIKA KITA MENGHORMATI ORANG LAIN

✿✿(¯`•¸•´¯) ✿✿ Hidup ini terlalu singkat untuk kita memikirkan tentang dendam, buruk sangka dan memutuskan silaturrahim. Hiasilah hidup yang singkat ini dengan saling nasihat-menasihati untuk kebaikan, menyebarkan kasih sayang, memperkukuhkan silaturrahim kerana jika kita kembali kepada Allah semula, sekurang-kurangnya kita diingati dengan segala kebaikan daripada diingati melalui kejahatan yang tidak menguntungkan ✿✿(¯`•¸•´¯)✿✿

✿ Sebarkan salam, lemparkan senyuman dan kukuhkan silaturrahim ✿
 
 

DIA TULANG RUSUK KU..

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa kepada ALLAH SWT agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..insyaAllah,amin.
 


 

 



 

Thursday, 1 March 2012

Kahwin Semasa Waktu Belajar.....

salam ukhuwah fillah...


Isu perkahwinan sewaktu dalam tempoh belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang. Berikut adalah petikan dari buku Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini.


Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW: 


Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

 
Rasulullah SAW juga bersabda, Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar. 

Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam. Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama. Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu  membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.


Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat , seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya. Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.

Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan. Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat”. Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat. 

Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya. Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.

Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati. Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga. Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.
sumber rujukan: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust Burhan Sodiq)























kadang2 ALLAH sembunyikan matahari..
Dia dtgkn petir dan kilat..
kite menangis dan tertanye2..
kemana hilgnye sinar..
upanyer,ALLAH nk hadiahkn kite pelangi..
jodoh adalh hak ALLAH...semoga jodohku seorang yg dapat jd imam untuk solatku...aminnnn... 



Biarkan Kesedihan Berlalu Pergi, Serahkan Semuanya Pada Allah

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.
Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.
Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.
So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
Jalanilah hidup ini apa seadanya....
Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.
Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil...
Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.
Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.
Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita. Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.
Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.
Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..








Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui..

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.
Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.
Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.
Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita  sedih, kecewa dan merasa  tidak adil.
Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.
Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.
Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.
Buat sahabat yang sedang  bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.
Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu,  DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.
Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi  sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.
Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi.
Izinkanlah kami untuk  untuk lebih dekat dan mencintaiMu.